Sekadar pandangan admin

Kesihatan dan kecergasan diri merupakan faktor penting untuk menjadi sesorang yang berhasil di dalam apa jua bentuk usaha yang sedang dilakukan pada dewasa ini. Kita hendaklah senantiasa di dalam keadaan sihat wal’afiat, cergas dan mestilah sentiasa berlapang dada. Tidak ada gunanya jika kita selalu sahaja dalam keadaan lembab dan selalu saja mengeluh apatah lagi kalau disebabkan oleh sedikit masalah kita sudah kehilangan keseimbangan dan terus menyerah kalah. Kita beranggapan kononnya sudah takdir atau memang sudah nasib badan, lalu berkata di dalam hati “apa boleh buat”. Pada hal sememangnya kita masih banyak lagi kesempatan untuk berbuat apa-apa yang mana apa-apa itu masih sahaja belum lagi dilaksanakan dengan cara yang semestinya.

Percayalah bahawa tidak akan ada gunanya kalau kita selalu sahaja meperturutkan kelemahan jiwa sewaktu berhadapan dengan rintangan-rintangan hidup. Dalam apa sahaja usaha kita mesti terlebih dahulu yakin terhadap diri sendiri dan juga dengan semangat juang yang tidak akan pernah pudar. Akan tetapi jika badan/fikiran sudah tidak sehat dan semangat sudah lemah, maka sama maknanya kita sudah memberi peluang keemasan kepada kegagalan untuk bertandang pada bila-bila masa tanpa ucapan assalamualaikum di hadapan mata atau ianya akan langsung saja masuk dan bersemayam didalam diri kita. Ini sungguh berbahaaya!.

Di dalam perkara yang seperti ini, kesehatan dan kualiti vital force serta kualiti body’s endurance sangat menentukan. Pandanglah jauh ke hadapan sana dan bangkitkan Tenaga Metafizik yang ada di dalam diri kita supaya kita dengan segera dapat menukar ganti perasaan-perasaan negatif kepada pemikiran yang positif. Tidak perlu untuk menunggu sampai begitu lama, keyakinan janganlah dibiarkan sampai mencair dan meleleh bagaikan air batu yang sedang ditimpa sinaran matahari dan jangan biarkan usia hanya habis dimakan hari atau alangkah sayangnya kita jika membiarkan diri menjadi orang yang hanya kosong melompong sahaja berkepanjangan.

Kita mestilah tetap yakin dengan anugerah Tuhan yang ada di dalam diri kita iaitu Tenaga Metafizik (metaphysical power) dan dengan bantuan Tenaga Metafizik ini InsyaAllah kita akan mendapat peluang keemasan untuk mempelajari atau memantau di mana letaknya kelemahan diri yang sedang dialami selama ini. Untuk dikemaskinikan atau ditambah dengan formula-formula baru sehingga sistem kerja kita yang sedia ada menjadi semakin baik sehingga kita benar-benar menjadi orang yang berhasil sebagaimana juga orang-orang lain yang sudah berhasil. Di samping itu, jangan sampai lupa untuk bermohon atau berdoa kepada yang maha berkuasa iaitu Allah SWT yang diiringi dengan perasaansabar, dalam erti kata lain Allah jangan sampai dilupakan di dalam apa jua bentuk usaha serta apa jua aspek kehidupan kita. Dia adalah penentu segala-galanya

Apabila kita sudah menemukan titik-titik terang di dalam apa jua usaha yang sedang kita lakukan, maka bawalah bertenang terlebih dahulu dan janganlah sampai bertindak dengan terburu-buru atau tergopoh-gapah serta susunlah strategi baru yang lebih baik dan lebih sempurna atau lebih mantap walaupun kita di dalam keadaan teruja sekalipun. Bagi seseorang yang memang sudah mengetahui dimana letak kelemahan dan kecuaiannya selama ini maka tidak perlu pula sampai terlalu menyesali diri terhadap kelemahan serta kecuaian yang sudah kita lakukan selama ini. Usah dan jangan pula berasa hairan sangat atau sampai tercengang-cengang dengan semua kejadian yang sudah berlalu dan kejadian yang sedang dialami maupun didalam memandang masa hadapan yang cerah dan gemilang seperti tercengang dan terpananya rusa yang sedang tersesat masuk kampong.

Yang kita perlukan dalam perkara ini sebenarnya tidaklah begitu banyak dan yang paling utama sekali hanyalah satu sahaja iaitu kita tidak berlengah-lengah lagi malah terus mengejar kembali setiap ketinggalan demi ketinggalan yang masih ada kemungkinan untuk dikejar dan tentunya bersama dengan perancangan dan cara yang lebih teliti dan juga lebih berhati-hati lagi. “Dengan tenaga metafizik” yang sudah terbina dengan baik/sempurna katakanlah kepada diri sendiri untuk terus maju dan berpantang menyerah kalah dalam apa jua bentuk keadaan dan sekali lagi kita tidak perlu untuk menyesali dirikerana memang tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan serta kesalahan di dalam perjalanan hidup mereka masing-masing di dunia ini.

Dengan pembaikan demi pembaikan, maka teruslah berusaha dengan “Tenaga Metafizik” yang sudah terbina dengan baik/sempurna di dalam diri sehingga kita benar-benar menjadi orang yang berjaya di antara orang-orang yang berjaya. Jika kita mengeluh sekalipun, waktu akan tetap saja beredar dengan pantasnya tanpa menunggu sesiapa dan waktu pun tidak akan memperdulikan keluhan kita. Hanya kita sendiri yang harus menyedarkan diri dan meningkatkan usaha-usaha yang sedang dilakukan dengan cara yang lebih baik dan lebih meyakinkan.

 

Satu Respons to “Sekadar pandangan admin”

  1. Blogger Sentiasa Bersama Perubahan Dan Rakyat

    Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.

    Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.

    Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.

    Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.

    ANWAR IBRAHIM

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.